se MR . SIRAP BANDUNG ~ Galeri Novella Fajar Pakeer

31 Mei 2013

MR . SIRAP BANDUNG



Tajuk: MR. SIRAP BANDUNG

ISBN : 978-967-365-160-3
Harga: RM24.00/
RM27.00



... Dua insan yang sangat berbeza latar belakang dan personaliti ditemukan di bawah satu bumbung. Teja atau TJ, kerani stor yang comel, ceria serta gila-gila perwatakannya. Manakala Thaqif Jazman atau Qif, si tampan berlesung pipit sepasang yang cukup cool. Pewaris tunggal Kiara Arena Holdings yang jauh membawa diri dan hati ke bumi Kanada. Namun takdir-Nya yang manis dan penuh payungan hikmah menemukan kedua-duanya.



“Kalau awak suka seseorang... dan hari-hari awak jumpa dia, awak akan rasa jemu tak?”



Thaqif, anak muda yang kembali ke tanah air demi tanggungjawab kepada keluarga tanpa sengaja bertemu dengan TJ pada hari pertama dia melapor diri di pejabat. Pertemuan singkat di dalamlif tidak tamat di situ. Persahabatan dua darjat terjalin, mesra dan penuh warna-warni kehidupan. TJ banyak membuka mata Thaqif tentang kehidupan dan tentang tanggungjawab sebagai hamba-Nya. TJ bagaikan lampu picit yang menyuluh jiwa Thaqif yang kelam dan gelap selama ini.



“Teja tu macam tepung pelita. Misteri macam tepung pelita. Lemak di atas, tapi rasa manisnya di dasar. Kalau tak kenal, takkan tau betapa istimewanya dia…”



Makin mengenali sisi seorang TJ, makin Thaqif yakin dia sudah temui apa yang dia cari selama ini. Namun bagaimana harus dia bongkarkan identiti diri yang sebenar? Akan mahukah TJ lagi kepadanya? Bersediakah TJ?



“TJ... please.”

Please konon. Please taik kucing!

“Awak... awak tolonglah dengar penjelasan saya dulu.”

Boleh jalanlah! Despatch konon. Huh, penipu! Benci! Benci! Teja terus melangkah. Dia buat-buat pekak.



TJ yang polos dan lurus tidak menyedari Man despatch yang menjadi teman barunya itu rupa-rupanya CEO baru Kiara Arena Holdings. Tatkala segalanya terbongkar, haru-biru jadinya. Berjayakah Qif yang digelarkan oleh TJ sebagai Man Sirap Bandung aka si biskut lemak rangup berkrim meyakinkan si gila-gila TJ yang cukup comel, misteri dan istimewa itu akan niat murni di hati, sebalik penipuan sunat yang dilakukannya?See More

0 comments: