6.11.09

REHAL NUHARIS;



19.10.09

Makluman Untuk Bakal Penulis

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak FP ingin mempelbagaikan genre penerbitannya. Kini anda boleh menghantar manuskrip novel yang memaparkan kisah selain daripada cinta berserta chick-lit. Kami mengalukan manuskrip pelbagai genre.

Untuk maklumat lanjut, bolehlah e-mel ke fajarpakeer@yahoo.com

16.10.09

Akan Datang

Sayang Camalia ~ Di alam universiti dia sendiri tidak menyangka bahawa diri akan jatuh cinta. Lebih-lebih lagi dengan lelaki sebegitu rupa. Hakikatnya, itulah cinta. Tidak perlu dipaksa kehadirannya. Namun, kekurangan yang ada pada dirinya menyebabkan dia hanya menyimpan cinta itu dalam hati.

Mungkinkah cinta lelaki itu miliknya? Atau dia harus menerima kehadiran lelaki lain, tanpa ada cinta? Membuang cinta yang mekar di hati umpama belati yang menikam diri. Namun, menerima cinta daripada insan yang tidak dikasihi juga amat memeritkan hati. Jadi, jalan mana yang harus dia pilih?

Syukur Razlan ~ Dia kehilangan identiti sebenar diri hanya kerana satu sebab, lalu dia nekad untuk terus hidup dalam alam ciptaannya. Dia tidak peduli dengan segala tomahan orang lain. Yang penting, dunia ciptaanya itu membahagiakan. Namun rasa cinta yang terbit di hati gagal menidakkan naluri seorang lelaki yang telah lama disembunyikannya.

Fitrahnya, dia mendambakan seorang wanita di sisi, tapi dia berdiam diri kerana jalan hidup yang dilaluinya tidak memungkinkan wanita yang disayanginya itu memilih dirinya. Antara sejarah yang memeritkan diri dan cinta yang subur di hati, dia harus berhadapan dengan kedua-duanya. Mungkin perubahan adalah jalan terbaik, tapi adakah dia sanggup?

Antara Faryan dan Serra, bagaikan bulan dan matahari, saling memerlukan… saling mencintai. Antara Faryan dan Serra, bagai kumbang dan bunga, menyeri taman. Tetapi entah mengapa bulan dan matahari berpisah kasih, kumbang dan bunga bercerai sayang.

Perpisahan terjadi lantaran hati terlalu sedih kerana dikecewa. Saat cinta Faryan mengembang, Serra menghilang diri. Tanpa khabar, hilang berita. Faryan jadi perindu dan rindu itu cuba dikambus melalui pertunangannya dengan Wina, atas kehendak keluarga.

Namun, di celah rasa kecewa yang menjadi cebisan perasaan, pertemuan ada semula. Mereka tetap bersama. Rindu dan benci bertandang antara malu untuk mengakui aku juga cinta kepadamu…

Pun begitu, akhirnya bulan dan matahari tetap bersama kerana fitrah azali telah menjodohkannya. Dan, mungkinkah begitu jua suratan azali antara Faryan dan Serra? Fitrah mereka, adakah mungkin jodoh bersama? Atau akankah Serra dibalas kecewa atas silap dahulu?

Konflik diri Priscillia bermula dengan satu panggilan misteri daripada pembantu suaminya, Ziela. Maklumat yang diterima dianggap tohmahan sahaja. Ada pihak yang cemburu melihat kebahagiaan keluarganya. Itulah tanggapan awal Priscillia. Namun, pengintipan yang dilakukan di Hotel Hilton membuktikan kecurangan suaminya, Kelvin. Suaminya bermain kayu tiga di belakangnya.

Kelvin mempunyai dua personaliti; sebagai suami misali dan suami yang zalim.

Kelly, si anak pula menjadi mangsa apabila Kelvin sanggup mengumpan si kecil itu untuk kepentingan diri sendiri. Dia mahu hidup bebas, namun Priscillia tidak boleh begitu. Di mata orang dia suami misali di rumah dan Priscillia isteri yang taat. Priscillia hanya miliknya namun dia bukan hanya untuk Priscillia.

Priscillia masih rindukan cinta Kelvin, perhatian seseorang suami dan mahu Kelvin terus bersamanya. Dia tidak boleh hidup tanpa Kelvin. Berjayakah Priscillia membebaskan diri daripada kemelut rumah tangganya? Mungkinkah rindu Priscillia untuk Kelvin bakal bersambut?


Di sebalik yang terjadi, pasti ada yang terjanji. Terpateri sesuatu yang pasti jika ada reda Ilahi. Begitulah pandangan Sara dan Azelea apabila hati sudah terlanjur cinta.

Sara bertemu dengan Haziq secara tidak sengaja di Cameron Highlands. Dia tertarik kepada ketenangan dan karisma lelaki itu. Dia sudah terlanjur cinta tanpa boleh menolak hakikat; yang dicintai itu adalah suami wanita lain.

Azelea terlalu cintakan Sinclair. Tiada yang dapat mengubah cinta itu, namun percaya yang hilang meranapkannya. Hati dibasahi parah jadi segar dengan kehadiran Eric Loi, membuatkan cintanya terlanjur semula.

Apakah Sara rela menjadi yang kedua dalam hidup Haziq? Mungkinkah Azelea mengizinkan Eric Loi jadi yang kedua di hatinya? Adakah keterlanjuran cinta mereka akan membuat mereka bahagia?

15.10.09

ELLIS GEE;

12.10.09

Di Pasaran!

Cinta hadir tanpa sebarang isyarat ke dalam hati. Cinta lahir tanpa sebarang benih yang ditanam dalam naluri. Cinta sejati mempunyai akar yang kukuh, bisa berpaut di sanubari. Begitulah cinta untuk Liyana dan cinta itu adalah cinta pertamanya, membuatkan dia ternanti-nanti cinta pertamanya hadir kembali.

Dia mempertahankan tugu cintanya agar tidak dicemari oleh mana-mana cinta yang menyapa diri. Kemunculan Alfi sedikit sebanyak menggugat keutuhan tugu cintanya itu. Tembok yang memagari hati jadi semakin rapuh. Tiba-tiba Amir muncul. Lelaki misteri itu sering muncul di mana-mana, sehinggakan Amir menjadi perhiasan tidur mimpi-mimpi indah milik Liyana.

Apakah perasaan Liyana? Adakah dia mampu menyingkirkan setiap cinta yang mencuit-cuit tangkai hatinya? Berjayakah Alfi dan Amir merobohkan tembok penghadang yang kukuh melindungi sekeping hati Liyana? Dan, bagaimana pula dengan cinta pertama Liyana?


Ashiqah sukakan Fahmy, seorang pelajar tingkatan enam. Lantas sepucuk surat berwarna merah jambu berpindah tangan. Namun surat itu jugalah buat Ashiqah tidak serupa orang buat beberapa ketika. Kerana tidak serupa orang itu, akhirnya Ashiqah terlibat dengan satu insiden. Dia terlanggar Harris, pelajar tingkatan lima yang juga merupakan adik tiri Fahmy.

Episod perlanggaran itu buat Harris mula terkenang-kenang akan Ashiqah. Membawa pula pertemuan kepada surat berwarna merah jambu di bilik Fahmy. Harris menggunakan surat merah jambu sebagai alasan untuk mengusik Ashiqah dan akhirnya mereka mula menjadi sahabat yang paling akrab.

Persahabatan yang bermula dari zaman persekolahan, membuahkan rasa cinta namun cinta itu hanya kekal menjadi sebutan dalam hati kerana setia kepada persahabatan, sehinggalah Fahmy muncul semula. Ashiqah yang tidak pernah dipandang awalnya, mula mencuri perhatian Fahmy sekali gus menggugat kasih Harris terhadap Ashiqah.

Sebenar-benarnya, siapakah yang paling layak, menerima cinta Ashiqah? Siapa pula mahu Ashiqah dengan sepenuh hati?

Mini Novella FP Di Pasaran

Dengan harga istimewa.
RM8.90 SEBUAH!

Zahrin sudah terlalu lama menyimpan perasaan buat Fatin. Sejak dari bangku sekolah lagi. Namun disebabkan mereka adalah jiran yang paling rapat, perasaan itu kekal sebagai hajat hati yang tidak mampu diluahkan.

Kehadiran Misya, adik sepupu Zahrin, benar-benar menguji kesabarannya. Lebih-lebih lagi cadangan untuk menjodohkan mereka berdua. Zahrin bertegas menolak. Sikap Zahrin menimbulkan curiga di kalangan ahli keluarganya sekali gus mereka membuat andaian sendiri. Dia sentiasa dicurigai dan akhirnya Zahrin menyedari akan semua perubahan yang berlaku di kalangan ahli keluarganya, termasuk Fatin sendiri.

Penjelasan Fatin tentang semua perubahan itu amat memeranjatkan Zahrin lantas nekad untuk meluahkan hajat hatinya. Adakah hajat di hati bakal berbalas? Apakah Fatin turut berkongsi rasa?


Aku cintakan engkau. Namun, sebelah mata pun kau tidak memandang aku. Aku kurangnya aku berbanding dia? Ketahuilah, kemanisan cintaku tiada tandingannya.
- Yuji Iskandar

Yuji bagaikan jelmaan jembalang yang sentiasa menggugat ketenangan, Kamal adalah putera idaman dan emak umpama bidadari syurga yang dipuja sentiasa. Namun, apabila sang putera menjadi pertanda jiwa, apabila bidadari melakukan dosa, si jembalang itulah yang menjadi penghibur lara.
- Helena


Cinta itu lahir saat mentari pagi mula menyinari alam. Tetapi tragedi datang mengundang. Namun cinta itu tetap tidak mahu dilepaskan.

Hafiz sedar dirinya budak kampung yang kolot. Dia tahu dirinya tidak setanding untuk berdiri di sebelah Fasha. Dia budak miskin yang datang ke rumah besar itu untuk mencari rezeki demi emak dan adik-adiknya di kampung.

Bila mata hati terbuka, cinta pun bersemi. Taraf dan darjat ditolak ke tepi. Namun bolehkah cinta berbeza darjat berputik jadi satu?


Bagi Fatini dia terlalu muda untuk merasai cinta. Dan, cinta belum lagi menyapa hatinya. Apa yang diinginkan adalah menumpukan sepenuhnya kepada kerjaya dan pelajaran. Kerana sayangkan kedua orang tua, tanpa rela dia setuju bertunang dengan pilihan orang tua dan mengenakan beberapa syarat yang dirasakan begitu bodoh sekali.

Cinta tak mengenal rupa, tinggi mahupun darjat. Kehadiran Fahmi membuat hidup Fatini tidak ketahuan. Disedari lelaki itu sudah bertunang tetapi masih ada hati untuk memikat dirinya. Bila diri sudah tersepit antara Fahmi dan tunangannya, mula dirasakan bertapa bodohnya dia kerana tidak mahu mengenali tunang sendiri.

Patutkah dia menerima Fahmi dan menolak tunangnya? Tetapi Fahmi sudah bertunang. Apa yang perlu dilakukan sekarang?


Dia pernah bermimpi seorang lelaki yang serba sempurna menjadi teman hidupnya. Namun, kekecewaan buat dia sedar bahawa cinta memerlukan lebih daripada paras rupa. Cinta adalah jalinan dua rasa. Nafas dua hati yang saling melengkapi serta menyokong di antara satu sama lain.

Lantaran itu, Mahsuri pasrah bila hatinya terpaut kepada seorang lelaki yang tersasar daripada cita rasa dan impiannya. Dia reda bila nalurinya berkata bahawa lelaki itu yang dia cinta. Bahkan dia berdoa agar lelaki itu akan terus bertakhta di hatinya.

Namun, mungkinkah cintanya bersambut? Adakah doanya didengar hati itu?


Kata orang cinta datangnya dari mata, terus turun ke hati. Tapi bagi Kael, cinta tidak semudah itu. Apatah lagi gadis-gadis yang berada di sekelilingnya langsung tidak menarik minatnya kecuali seorang…

Widuri bukan gadis idaman, malah jauh panggang daripada api untuk termasuk dalam senarai gadis-gadis yang diperkenalkan ibunya. Di matanya dia melihat Widuri sebagai si Ugly Duckling. Namun dwi-personaliti Widuri memangkah setiap perhatiannya kepada gadis itu.

Apatah lagi sikap Widuri menimbulkan misteri tersendiri sekali gus menimbulkan rasa bingung, curiga dan keliru dalam diri Kael. Apakah misteri itu? Dan, benarkah si Ugly Duckling punya dua personaliti berbeza?


Adeeya, si gadis inferior kompleks. Tubuh badan yang besar membunuh keyakinan dirinya. Bakatnya dibiarkan terkubur. Luka ditinggalkan kekasih terus terjeruk dalam hati. Dia menghukum diri, tidak mahu bercinta lagi, khuatir terus disakiti.

Shamrin, si jejaka tampan. Mengikat hati gadis-gadis dengan ungkapan manis serta senyuman membunuh. Hatinya hanya ada satu, Adeeya. Dia tidak pernah serik walau ditolak berkali-kali. Padanya, Adeeyalah gadis idaman dan matahari hidupnya.

Antara keengganan sekeping hati yang terluka dan kedegilan hati yang kemaruk cinta, mampukah keikhlasan dan kejujuran mengatasi segala-galanya? Adakah cinta Adeeya terus mati? Bisakah Shamrin membuktikan cinta itu ada? Bolehkah hati ini menjadi satu?


Impian Norziati hendak menjadi model akhirnya tercapai apabila Agensi Syaferry membuat uji bakat secara terbuka. Namun, Syafrizal, pemilik agensi itu telah menolak Norziati bulat-bulat dek kerana wajah gadis itu tidak memenuhi kriteria yang dicari oleh agensinya walaupun bakat Norziati memang menyerlah. Norziati tidak berputus asa. Cabaran Syafrizal diterima dan dia datang semula untuk sesi uji bakat. Dan, rezeki memang di situ.

Perbalahan demi perbalahan sering terjadi antara Syafrizal dan Norziati walaupun gadis itu sudah melakukan yang terbaik untuk agensinya. Tidak cukup dengan itu, gelaran demi gelaran saling dilemparkan di antara satu sama lain, membuatkan agensi itu tidak sunyi dengan kerenah kedua-duanya yang amat mencuit hati.

Sehingga bilakah perbalahan ini akan berakhir? Walaupun bibir mengucap benci namun masihkah ada rindu yang hadir di antara mereka berdua?


Pertama kali Geng Panda bertemu Pinky Girls, mereka mula melancarkan perang. Masing-masing berazam akan membalas dendam. Shark takkan lupa bila dia bermandikan jus tembikai ketika dia berlagak maco mahu memikat si gadis merah jambu.

Pertemuan tidak terhenti di situ. Mereka ditakdirkan bertemu lagi di Success Institute. Hobi mereka hanya mengenakan antara satu sama lain. Pinky Girls takkan tenteram selagi misi mengenakan Geng Panda tak dijalankan. Geng Panda takkan duduk diam bila Pinky Girls mula buat hal. Pembalasan dendam tahap maut!

Masing-masing besar kepala. Dua-dua tak nak mengalah. Mereka tak pernah cuba untuk berbaik. Tapi… siapa kata Geng Panda tak ada hati perut? Dan, siapa sangka Pinky Girls tahu makna kasih dalam bersahabat, walaupun dengan Panda!

10.10.09

FATEEN NAJWA;